26 October 2010

Kebebasan Beragama Di Bawah Perlembagaan Malaysia (RUKUN NEGARA)


By: Mr. Lim Heng Seng


          KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  
          KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

          KELUHURAN PERLEMBAGAAN

          KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

          KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Keluhuran Perlembagaan
  • Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang dasar negara Malaysia
  • Merupakan undang-undang utama atau pun undang-undang agung.
  • Undang-undang lain yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah.
  • Sumpah yang dikehendaki digangkat oleh  ahli Parlimen, menteri kabinet dan hakim: Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
 Hak Asasi 
  • Hak asasi merupakan hak seseorang individu yang penting untuk kehidupan demokratik dan bebas.
  • Hak asasi menjamin kehormatan seseorang individu sebagai insan yang dicipta oleh Tuhan.
  • Hak asasi dijamin dari dilanggar atau diketepikan oleh undang-undang lain atau penyalahgunaan oleh pemerintah.
 Hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan 
  1. Kebebasan diri;
  2. Kebebasan bergerak dan bermastautin di seluruh Persekutuan;
  3. Kebebasan bercakap;
  4. Kebebasan berhimpun secara aman;
  5. Kebebasan menubuhkan persatuan;
  6. Hak pendidikan;
  7. Hak terhadap harta;
  8. Kesamarataan disisi undang-undang;
  9. Kebebasan beragama.
 Agama dan kebebasan beragama 
  • Perkara 3  (1): Agama Islam  agama Persekutan; agama lain boleh diamalkan dengan aman di seluruh Persekutuan
  • Perkara Article 11 (1):  Kebebasan untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agama
 Malaysia negara sekular 
  • Malaysia dibentuk sbg negara sekular dan bukan negara Islam
  • Islam merupakan agama resmi
  • Undang-undang negara adalah undang-undang sivil dan bukan undang-undang agama
  • Syariah dan Mahkamah Syariah untuk orang beragama Islam

Malaya ditubuhkan 
  • “There has been included in the proposed Federal Constitution that Islam is the religion of the Federation.  This will no way affect the present position of the Federation as a secular State…”  [White Paper on the Constitutional Proposal for the Federation of Malaya (Legislative Council Paper No. 41 of 1957) tabled in the Legislative Council] 

Kenyataan PM Malaya yang pertama 
  • “I would like to make it clear that this country is not an Islamic State as it is generally understood, we merely provided that Islam shall be the official religion of the State"  [Tengku Abdul Rahman (Hansard, 1st May 1958].
 Malaysia ditubuhkan 
  • “Taking these points fully consideration, we are agreed that Islam should be the national religion for the Federation.  We are satisfied that the proposal in no way jeopardizes freedom of religion in the Federation, which in effect would be secular”.  [Malayan Members of the Cobbold Constitutional Commission when proposing that Article 3 be retained]
 Tiga Aspek Kebebasan Beragama 
  • Kebebasan menganuti
  • Kebebasan mengamal agama
  • Kebebasan mengembangkan agama
 Untuk semua rakyat 
  • Semua insan mempunyai hak ini samada rakyat warganegara atau pendatang kecuali kanak-kanak iaitu insan yang belum mencapai umur dewasa (18 tahun).
 Pengamalan bebas di seluruh Malaysia 
  • Semua agama boleh diamalkan di seluruh Malaysia iaitu; di semua negeri dan daerah, dan di semua tempat termasuk, di rumah, di gereja, di sekolah dan tempat-tempat kerja kita.
 Aman dan damai 
  • Dua aspek penting dalam pengamalan agama secara aman dan damai.
  • Yang pertama, kita harus mengamal agama kita dengan aman dan damai, bukan dengan menganggu atau mengancam rakyat lain.
  • Yang kedua, semua penganut agama dilindungi daripada perbuatan orang lain yang tidak bertoleransi, seperti perbuatan menghina agama yang dilarang oleh Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
 Tanpa diskriminasi 
  • Semua orang tanpa mengira agama mereka berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang [Perkara 8(1)].
  • Diskriminasi di antara warganegara semata-mata atas dasar agama dilarang [Perkara 8 (2)].             
Tanpa paksaan/diwajibkan mengamal agama lain 
  • Perkara 12(4) melarang seseorang dikehendaki menerima ajaran dalam sesuatu agama dan mengambil bahagian dalam upacara sesuatu agama selain daripada agama sendiri
  • Agama kanak-kanak ditentukan oleh ibubapa penjaga 
Hak menganuti agama 
  • Bebas mempunyai agama sendiri yang sesuai kepada kepercayaannya
  • Berhak mengisytiharkan agamanya samada secara lisan atau dengan memakai tanda/simbol agamanya menukar agamanya.
  • Berhak menukar namanya sekiranya nama itu mempunyai ciri-ciri keagamaan/maksud
 Hak mengamalkan agama 
  • Kebebasan diberi secara luas dan maknanya tidak disempitkan kepada beberapa keperluan agama sahaja.
  • Beribadah, kebaktian, mengajar, mengurus, mengumpul, mengabung dan menubuh badan kegamaan dan kebajikan
 Ciri-ciri hak & kebebasan mengamalkan agama 
  • Hak menjalankan ibadah keagamaan samada secara persendirian atau kumpulan
  • Hak bergabung untuk tujuan kegamaan dan kebajikan;
  • Mempunyai dan memperolehi bahan-bahan untuk tujuan keagamaan seperti kitab-kitab suci serta buku-buku, tulisan, pita audio-visual keagamaan dan sebagainya;
  • Memberi dan menerima ajaran agama, samada secara persendirian atau kumpulan iaitu bersama-sama dengan saudara seiman:
  • Melatih dan melantik ketua-ketua agama serta menubuhkan sekolah dan institusi untuk pendidikan agama.
 Hak kumpulan agama 
Hak kumpulan: Menurut Perkara 11 (3) tiap-tiap kumpulan agama berhak:

  • Menguruskan hal-ehwal agama sendiri
  • Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi termasuk untuk pendidikan agama
  • Memperolehi, memiliki, memegang dan mentadbirkan harta menurut undang-undang.

Hak kumpulan agama dlm pendidikan agama 
  • Article 12 (3) memberi hak kepada tiap-tiap kumpulan agama mendirikan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam agama sendiri  
Hak ibubapa 
  • Ibubapa berhak menentukan agama anak mereka
  • Pengasuhan dan pembimbingan anak hendaklah berdasarkan kehendak ibubapa

Hak mengembangkan agama 
  • Menyebar dari seorang ke orang lain, dari tempat ke tempat umpamanya menginjil untuk orang Kristian, berdakwah untuk orang Islam.

Batasan terhadap Kebebasan Beragama
Semua kebebasan mempunyai batas-batas tertentu. Kebebasan beragama tiak bermakna seseorang boleh melanggar undang-undang am berkaitan:

  • Ketenteraman awam
  • Kesihatan awam
  • Kesopanan dan kesusilaan
 Had dalam hak mengembangkan agama 
  • Perkara 11(4): Undang-undang negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang-orang Islam.
  • Tidak memberi kuasa kepada negeri melarang sama sekali apa-apa bentuk pengembangan agama, hanya untuk mengawal atau menyekatnya.

Isu-isu semasa 
  • Negara Islam dan pengIslaman
  • Kebebasan beragama
 Negara sekular atau Islam
  • Najib Abdul Razak [sebelum ini Dr. Mahathir]: Malaysia adalah negara Islam
  • Bernard Dompok: Pengasas negara tidak bertujuan membentuk negara sebagai negara Islam
  • Lim Kit Siang: Negara Malaysia ia lah sebuah negara secular
  • Abdullah Badawi: Malaysia bukan negara sekular dan kan “theocratic state like Iran and Pakistan”; Malaysia mengamalakn sistem demokrasi berparlimen; pemerintah mengamalkan  ciri-ciri pentadbiran yang mencerminkan komposisi penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama

Kebebasan MI 
  • Kebebasan beragama juga bermaksud kebebasan daripada dikehendaki atau dipaksa memeluk, menganuti dan mengamal sesuatu agama.
  • Polisi kerajaan dan keputusan Mahkamah dalam soal keluar agama
  • Undang-undang murtad yang menyekat, melarang dan menghukum sesiapa yang ingin memeluk dan mengamal agama yang dipilih olehnya bercanggah dengan hak ini.
 Kebebasan M2 
  • Kitab agama dan bahan percetakan
  • Tempat-tempat beribadah
  • Penggunaan Bahasa Malaysia dalam pengamalan agama bukan Islam/Larangan penggunaan istillah tertentu
  • Pengajaran agama bukan Islam di sekolah
  • Kumpulan agama bukan Islam di sekolah
  • Pendidikan Islam kepada pelajar bukan Islam
  • Kegiatan dakwah di kalangan pelajar bukan Islam
  • Penyekatan aktiviti dan pengamalan agama bukan Islam di sekolah
 Kebebasan M3 
  • Negeri tidak berkuasa melarang sama sekali apa-apa bentuk pengembangan agama, hanya untuk mengawal atau menyekatnya.
  • Beberapa negeri telah menggubal undang-undang yang melarang sama sekali sebarang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
  • Juga melarang penggunaan istillah tertentu dlm agama bukan Islam 

0 comments :

Post a Comment

Sila Berikan Komen ATAU Sumbangan Artikel/Bahan Anda:-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...