Sabah dan Sarawak adalah BERSTATUS NEGARA dan bukannya Negeri.

Sabah dan Sarawak adalah sebuah Negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT yang mana kedua - dua NEGARA ini telah bersama-sama dengan Singapura dan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Happy Sabah (North Borneo) Independence Day 51 Years

Sabah or previously known as North Borneo was gained Independence Day from British on August 31, 1963. To all Sabahan, do celebrate Sabah Merdeka Day with all of your heart!

Sarawak For Sarawakian!

Sarawak stand for Sarawak! Sarawakian First. Second malaysian!

The Unity of Sabah and Sarawak

Sabah dan Sarawak adalah Negara yang Merdeka dan Berdaulat. Negara Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 manakala Negara Sarawak pada 22 Julai 1963. Sabah dan Sarawak BUKAN negeri dalam Malaysia! Dan Malaysia bukan Malaya tapi adalah Persekutuan oleh tiga buah negara setelah Singapura dikeluarkan daripada persekutuan Malaysia.

Sign Petition to collect 300,000 signatures

To all Sabahan and Sarawakian... We urge you to sign the petition so that we can bring this petition to United Nations to claim our rights back as an Independence and Sovereign Country for we are the Nations that live with DIGNITY!

Decedent of Rajah Charles Brooke

Jason Desmond Anthony Brooke. The Grandson of Rajah Muda Anthony Brooke, and Great Great Grandson of Rajah Charles Brooke

20 October 2010

Fuss-free way to change religion data in MyKad


Baptism certificate not required


Christians who wish to change their religion to Christianity in their MyKad data are not required to tender any legal documents, such as baptism certificates.

They only need to fill in 'Borang A' to effect the change. (Jabatan Pendaftaran Negara's 'Borang A' is available on the NECF website, click link to download).

This was confirmed at a recent meeting between NECF Malaysia and top officials from the National Registration Department (NRD). However, this is not applicable if they had been registered as Muslims.

For Muslim or persons who have converted to Islam, the provisions of the respective State's administration of Islamic Law enactment apply. Under these enactments for the most part of the 13 States of Malaysia, conversion back to one's former religion or to any other religion is either: (a) not allowed under Islamic laws; or (b) a criminal offence which means he/she may be fined, whipped, detained or imprisoned under Islamic laws.

When people convert to Islam, their person's MyKad will record the conversion and the front of their MyKad will bear the word "Islam".

Even if the person no longer practises Islam, he/she may be regarded as as a Muslim and may be subject to fined, whipped, detained or imprisoned for violation of Syariah laws, such as praying in church and eating in public during the Muslim fasting month, etc.

It must be noted that when a person converts to Islam, that person does not gain Bumiputera status as some have mistakenly come to believe. (Those with Bumiputera status get special privileges such as discounts for new house purchases and easier access to enter public universities.)

At the meeting with NRD officials, NECF also raised the issue of East Malaysian Christians whose religion in their MyKad is recorded as "Islam" simply because their names carry "bin" and "binte".

This is a prevailing problem in Sabah and Sarawak where many indigenous citizens have names that carry "bin" and "binte". The NRD automatically assigns their religion as "Islam" even though many of them are Christians.

The NRD confirmed that those who are affected could change the data in their MyKad provided they had obtained clearance from the Syariah Court.

During the meeting, NRD officials admitted they were aware of this problem and have thus arranged for mobile NRD units to help those who wish to change their MyKad religion record.

NECF Secretary-General Sam Ang urged Christians who face this problem to get their religion changed to "Christianity" in their MyKad as soon as possible and to persevere until the change is done.

"This is important as it will contribute towards accurate statistics which is critical when we advocate on issues affecting the Malaysian Church, as well as to avoid undue complications, misunderstandings and conflicts with the Islamic authorities," he explained.

The officials also confirmed at the meeting that children of Malaysian women born of foreign husbands are automatically Malaysians provided the couples have Malaysian marriage certificates before the birth of their children.

Borang A
































Bahagian 3: Penterjemahan Alkitab Bahasa Malaysia dan Indonesia

Dr. Daud Soesilo


Walaupun Bahasa Malaysia dan Indonesia berasal daripada rumpun yang sama – kedua-duanya berdasarkan Bahasa Melayu –  bahasa-bahasa ini telah berkembang lalu menjadi bahasa kebangsaan dua buah negara yang berdaulat, iaitu Malaysia dan Indonesia. Pada umumnya, dalam proses perkembangan bahasa-bahasa ini, Bahasa Malaysia banyak dipengaruhi oleh Bahasa Inggeris, manakala Bahasa Indonesia pula dipengaruhi Bahasa Belanda. Kedua-dua bahasa ini banyak berbeza dari segi ejaan, perbendaharaan kata, kegunaan kata ganti nama dan bahasa istana, istilah, tatabahasa dan gaya bahasa.
Berikut adalah contoh-contoh yang mewakili perbezaan di antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Walaupun senarai ini tidak lengkap, namun ia menjelaskan hal yang dibincangkan di sini. Disebabkan kekurangan tempat, kami cuma meneliti beberapa perkataan; pembaca dinasihatkan melihat konteks ayat yang dipertikaikan dan juga konteks menyeluruh dalam beberapa versi Alkitab masing-masing. 
Ejaan
Masalah ejaan beberapa hal leksikal dalam kedua bahasa ini masih wujud walaupun kerajaan negara Indonesia dan Malaysia telah mengenakan sistem ejaan yang sama sejak tahun 1972. Contohnya dipaparkan di bawah:

B. Malaysia
B. Indonesia
Kej. 28:6
berkahwin
kawin
Kej. 42:18
berfikir
berpikir
Mzm. 107:17
diseksa
disiksa
Ams. 1:10
pujukan
bujukan
Mrk. 14:65
tekalah
terkalah


Pilihan Perbendaharaan Kata
Pilihan perkataan dalam apa jua bahasa dipengaruhi oleh beberapa faktor, namun adalah benar pada umumnya pilihan perkataan juga agak arbitrari – asalkan penceramah- penceramah bersependapat dari segi gaya nahu-leksiko (lexico-grammatical). Hal ini benar dalam Bahasa Malaysia mahupun Indonesia; setiap bahasa ada kecenderungannya terhadap pilihan perkataan atau kata majmuk. Perkara ini diterangkan di bawah:

B. Malaysia
B. Indonesia
Kej. 1:25
puas hati
senang
Kej. 24:40
berjaya
berhasil
Mzm. 107:34
kezaliman
kejahatan
Yer. 22:14
tingkap
jendela
Dan. 2:49
pentadbiran
pemerintahan

Kata Ganti Nama dan Istilah Panggilan
Setiap bahasa selalunya menggambar- kan latar belakang budayanya; disebabkan ini kata ganti nama dan istilah panggilan dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia menonjolkan perbezaan pandangan dan amalan di kalangan komuniti pertuturan masing-masing. Hal ini dijelaskan dalam jadual di bawah:

B. Malaysia
B. Indonesia (INT)
Kej. 41:1, 7, 45
baginda
ia (merujuk kepada raja)
Kej. 41:16
hamba
aku (orang bawahan raja)
Mat. 20:21
Tuan
-Mu (seorang ibu yang bercakap dengan Yesus)
Mat. 27:11
kamu
engkau (Pilatus bercakap kepada Yesus)
Mat. 27:11
tuan
engkau (Yesus bercakap dengan Pilatus)
Luk. 15:12
Ayah
Bapa(k) (anak kepada ayah)


Perkataan yang Sama tetapi Maknanya Berlainan
Masalah yang tidak ketara di kalangan penduduk Malaysia yang membaca teks Indonesia ialah hal perkataan yang sama dalam kedua Bahasa Indonesia dan Malaysia tetapi membawa makna yang sungguh berlainan. Perhatilah perkataan-perkataan di bawah yang dipetik dari Alkitab Indonesia – penjelasan Bahasa Indonesia diselitkan dalam ruangan tengah, sementara ruangan di sebelah kanan pula menunjukkan perkataan yang biasa difahami di kalangan mereka yang bertutur dalam Bahasa Malaysia.


Makna B. Indonesia
Makna B. Malaysia
Kel. 14:20
pasukan (TIV)
angkatan tentera
pasukan
Ayb. 7:2
budak
hamba
budak
Yes. 62:12
tebusan
yang diselamatkan
tebusan
1 Kor. 10:5
ditewaskan
dibunuh
ditewaskan
Gal. 2:2
percuma
tidak berguna
percuma
        

Dengan cara yang sama, penduduk Indonesia pula memahami istilah Alkitab Bahasa Malaysia seperti mana dalam Bahasa Indonesia, misalnya ‘banci’ dalam Lukas 2:1-2 (TMV96) difahami sebagai ‘pondan’, sedangkan dalam Bahasa Indonesia, ‘banci’ adalah sensus. Begitu juga ‘mengintip’ dalam Mazmur 10:8 (TMV96) difahami umumnya sebagai  ‘mengintai’ dan bukannya ‘mengintip’ kerana dalam Bahasa Indonesia, ‘mengintip’ adalah ‘memata-matai’ atau ‘mengintai’. Istilah Bahasa Malaysia ‘memansuhkan’ dalam Roma 3:31 (TMV96) tidak bermakna bagi pembaca Indonesia umumnya.

Walau bagaimanapun, bagi penduduk Malaysia yang biasa membaca Alkitab Indonesia terjemahan formal (INT), mereka disyorkan membaca dan membuat perbandingan dengan Alkitab Bahasa Malaysia Edisi Semakan (TMV96) sama ada untuk bacaan individu atau  pun ketika membuat persediaan untuk menyampaikan khutbah atau ajaran. INT merupakan sumber di mana bahasa-bahasa asal yang digunakan dalam Alkitab dapat dilihat (misalnya dalam Amsal 25:21-22 dan Roma 12:20 ‘Engkau akan menimbun bara api di atas kepalanya’; dalam Roma 12:2 ‘berubahlah oleh pembaharuan budimu’) sementara TMV96 memperlihatkan Bahasa Malaysia yang secocok dengan bahasa asal dari segi erti dan fungsinya (Amsal 25:21-12, Roma 12:20 ‘perbuatan kamu akan memalukan mereka’; Roma 12:2 ‘biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir’). Dengan cara yang sama, TIV dapat membantu penduduk Indonesia seperti mana TMV96 berfungsi untuk membantu pembaca di Malaysia.

Penterjemahan Alkitab sentiasa disemak dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan pembaca mengikut masa tertentu. Alkitab telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia untuk pembaca Indonesia pada suatu generasi tertentu, dan kemudiannya disemak dari masa ke semasa. Edisi semakan terkini memudahkan Berita Baik disampaikan dalam bahasa yang lazim digunakan dan senang difahami di samping mengelakkan penggunaan kata kuno dan salah faham yang mungkin timbul. Dengan cara yang sama, Alkitab telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan disemak untuk keperluan penduduk Malaysia berbagai generasi. Oleh itu, TMV96 telah disediakan dengan mengambil kira keperluan umat Kristian di Malaysia. Ia disediakan khasnya untuk mereka yang mendapat pendidikan Bahasa Malaysia dalam masa 30 tahun yang lalu, yang lebih fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding dengan Bahasa Inggeris, Cina, Tamil atau bahasa ibunda yang lain. Teras Berita Baik yang mulanya disampaikan dalam Bahasa Ibrani, Aramaic dan Yunani tetap sama; tetapi dalam edisi semakan, nahu, ejaan, pilihan istilah dan gaya dikemaskini supaya menggambarkan penggunaan Bahasa Malaysia yang terkini di samping memudahkan pemahaman tajuk penyelamatan.

Kata-kata Akhir
Dalam analisis terakhir, keberkesanan penterjemahan Alkitab bergantung pada cara penyampaian Berita Baik Yesus Kristus – Firman Tuhan yang Hidup, yang merupakan sumber hidup dan penyelamatan – kepada komuniti Kristian, terutamanya paderi-paderi, guru agama dan ahli-ahli gereja Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia dalam kehidupan harian. Berikut adalah beberapa komen yang diterima PBM dari pengulas dan pengguna Alkitab Bahasa Malaysia Edisi Semakan:
     
“Saya membeli senaskhah TMV: Perjanjian Baru Bahasa Malaysia (Edisi Semakan) beberapa bulan yang lalu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Bible yang begitu efisien. Sejak mendapatkan naskhah ini, saya telah membacanya dengan hati yang terbuka. Saya ingin memuji pasukan penterjemah yang berjaya menyampaikan maksud yang tersirat dalam Firman dengan ejaan dan tatabahasa yang betul. Saya tidak pernah ... ya, saya mengulangi ... tidak pernah membaca Bahasa Malaysia yang sebagus ini dalam bahan bacaan Kristian. Terima kasih diucapkan kepada Pertubuhan Bible dan pasukan penterjemah yang memberikan gereja nasional kami sebuah Alkitab ‘KEBANGSAAN’.” ~ (Saudara Donny dari Kuantan, Pahang) 

“Saya amat bangga memiliki dan sempat menggunakan senaskhahAlkitab Bahasa Malaysia Edisi Semakan yang baru dikeluarkan.” ~ (Rev. Samamadin Uloi, Paderi Gereja Anglican St. Patrick, Bahagian BM, Tawau, Sabah) 

“Bagi diri saya, saya rasa Edisi Semakan Alkitab Bahasa Malaysia sangat berguna. Setakat ini, saya belum menjumpai ungkapan asing, semuanya dinyatakan dalam bahasa yang biasa. Jadi ia amat sesuai digunakan oleh rakyat Malaysia.” ~ (Pastor Kusam Yontok, Ko-ordinator Evangelism, Gereja SIB, Kota Kinabalu, Sabah) 
“Saya bertanggungjawab menterjemahkan bacaan Perjanjian Lama untuk Mass (upacara sembahyang di gereja) Timugon Murut (kami sudah memiliki Perjanjian Baru). Baru-baru ini, bacaannya adalah dari Mazmur. Walaupun saya berpendidikan Bahasa Malaysia sejak bangku sekolah dan menggunakan Alkitab Indonesia sejak kecil, saya mengalami masalah memahami Mazmur dalam Bahasa Indonesia. Teks prosa dalam Bahasa Indonesia memang susah difahami, namun puisi atau sajak lebih susah lagi. Syukurlah PBM telah mengeluarkan Alkitab dalam Bahasa Malaysia dan ini meringankan kerja saya! Saya lebih senang memahami simpulan bahasa dan puisi Bahasa Malaysia berbanding dengan Indonesia. Ini memudahkan penterjemahan ke dalam bahasa Murut. Terima kasih, PBM!”  ~ (En Tony Wong, guru sekolah rendah, pemimpin belia dan penterjemah Liturgy Murut di gereja RC, St. Anthony, Tenom, Sabah) 

“Saya berkhidmat secara aktif di dua buah gereja dalam kariah kami dan perlu memahami apa sebenar yang disampaikan dalam Alkitab supaya dapat membantu rakan-rakan memahaminya. Pengeluaran Alkitab Bahasa Malaysia amat berguna bagi saya dan mereka yang ingin kami bantu. Kami amat puas mendapat sebuah Alkitab dalam bahasa yang difahami – bahasa yang diajar di sekolah. Syabas PBM!”  ~ (En. Alvin Tikoi, pemimpin di gereja RC St. Anthony, Tenom, Sabah)

Bak kata pepatah Melayu: ‘Tak ada gading yang tak retak,’ begitu juga denganAlkitab Bahasa Malaysia Edisi Semakan ini (TMV96), seperti mana terjemahan yang lain – ia masih boleh diperbaiki. Seperti bahasa yang lain, perbendaharaan kata, tatabahasa, huraian dan gaya Bahasa Malaysia tidaklah statik. Bahasa berubah dari masa ke semasa, dan penggunaan penutur asli Bahasa Malaysia yang membawa perubahan kepada bahasanya. Dengan itu, PBM, selaku hamba gereja-gereja Malaysia, mengalu-alukan komen, pembetulan dan cadangan untuk memperbaiki terjemahan tersebut. Buat masa sekarang, marilah kita menggunakan Alkitab Bahasa Malaysia Edisi Semakan ini untuk kebaikan gereja-gereja di seluruh Malaysia, terutama sekali untuk mereka yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama atau yang kedua, mereka yang menggunakan bahasa kebangsaan di sekolah, di pejabat, di rumah atau sewaktu bermain, dalam upacara sembahyang atau lain-lain majlis serta aktiviti di gereja.

Bahagian 2: Alkitab Bahasa Malaysia – Edisi Semakan

Dr. Daud Soesilo

Tidak lama selepas pengedaran edisi pertama TMV (1987), PBM telah dipelawa untuk menyemak terjemahan tersebut. Suatu mesyuarat telah diadakan dengan Jawatankuasa Bahasa PBM. Mesyuarat itu telah memutuskan untuk mengendalikan semakan tersebut khususnya untuk menangani kelemahan berikut (rujukan di bawah berdasarkan edisi TMV):
  • Kesilapan ejaan atau kesalahan cetak, misalnya, perkataan mengikutdicetak sebagai mengikat, (Dan 3:21) ; Allan dan bukannya Allah. (Yes. 40:9)
  • Corak yang terlalu mengikuti Alkitab Inggeris Berita Baik (GNB) – selalunya kata demi kata contohnya dalam Mrk 1:7 Aku tidak layak bahkan menunduk dan membuka tali kasutnya "I am not worthy even to bow down and untie his thongs."
  • Penggunaan bahasa yang lebih mencerminkan Bahasa Indonesia daripada Bahasa Malaysia, misalnya barangsiapa lebih tepat jika sesiapa(Mrk 3:29) digunakan; mula, dan bukannya mulai (Mrk 1:21).
  • Kesilapan penterjemahan, contohnya, Sabtu dan bukannya Sabat  (Kel 20:8); contoh yang paling ketara boleh didapati di 1 Sam 24:4 berehatdan bukannya membuang air besar.

Suatu bengkel semakan telah diadakan di pejabat PBM di Petaling Jaya dalam bulan Disember 1989, di mana garis panduan yang patut digunakan oleh kumpulan penyemak telah dipersetujui. Ahli-ahli bengkel juga menyarankan untuk mendapatkan penyemak dan pembaca yang mewakili Malaysia Barat dan Timur kerana 78% daripada pengguna Alkitab Bahasa Malaysia adalah penduduk Malaysia Timur. Kerja-kerja semakan tidak bermula sehingga bulan Mei 1990. Sebaik ia dimulakan, mereka juga sedar bahawa, selain kategori di atas yang perlu dititikberatkan, mereka juga patut berusaha untuk memperbaiki istilah teologi termasuk nama-nama Tuhan.

Pasukan penyemak kami terdiri daripada tiga penyemak, beberapa peneliti dan pembaca serta seorang ahli gaya bahasa yang mewakili pelbagai mazhab di seluruh negara dan juga pemimpin-pemimpin gereja, ahli fakulti dari Seminari Theologi Malaysia (STM), Seminari Teologi Sabah (STS), dan Universiti Malaya, bersama beberapa pakar bahasa dan beberapa guru sekolah dan orang awam (bukan dari kalangan pastor) yang fasih dalam Bahasa Malaysia.

Perjanjian Baru dan Mazmur yang telah disemak telah diterbitkan dalam tahun 1995, dengan cetakan sebanyak 5,000 naskhah. Pada penghujung tahun 1996, edisi semakan Alkitab Berita Baik  (TMV96) telah dicetak bersama dengan Buku-buku Deuterokanonika Bahasa Malaysia yang pertama. Ia telah dilancarkan dan ditahbiskan pada 25 Januari 1997 di Gereja Methodist Triniti di Petaling Jaya. Edisi ini laris dijual dan dalam bulan April 1997, PBM melaporkan bahawa terdapat kurang daripada 9,000 naskhah yang tinggal di dalam stoknya berbanding 35,000 naskhah yang telah dicetak (25,000 naskhah merupakan edisi Protokanon dan 10,000 naskhah edisi Deuterokanonika). Dengan itu, PBM merancang untuk mencetak semula TMV96.

Penambahan Nota Kaki Edisi pertama tidak mengandungi nota kaki atau rujukan silang. Namun demikian, nota kaki telah ditambah (misalnya, terjemahan alternatif, eksegesis, kebudayaan, sejarah dan geografi) serta rujukan silang berdasarkan Good News Bible dan Alkitab Bahasa Indonesia sehari-hari (reka letak baru BIS). Atas permintaan pembaca yang inginkan ciri harfiah teks asli, satu lagi jenis nota kaki telah diperkenalkan untuk mendedahkan istilah asal untuk menyatakan terjemahan harfiah bagi beberapa istilah utama. Contohnya, untuk kaedah penterjemahan dinamik/fungsian,  frasa ‘the Kingdom of God’ atau ‘the Kingdom of Heaven’ telah diterjemahkan dengan membawa maksud asal konteksnya. Justeru, dalam beberapa kandungan teks yang berkenaan, frasa sebegini telah diterjemahkan seperti berikut a) ‘Pemerintahan Allah’ (Mat. 6:10, 33 dsb), b) ‘menjadi umat Allah’ (Mat. 13:38) atau c) ‘Dunia Baru Bapa-Ku’ dan ‘Dunia Baru Allah’ (Mrk. 14:25; Lk. 13:28 dbg).

Namun, untuk membantu mereka yang inginkan ciri harfiah istilah asalnya, nota kaki seperti “Harfiah: Kerajaan Allah” atau “Harfiah: Kerajaan Syurga”, telah diselitkan.

Tambahan pula, nota kaki yang serupa juga diselitkan untuk istilah-istilah teologi seperti kebenaran, benar, iman, rahmat, kesejahteraan, dan sebagainya. Komplikasi pula wujud dalam penterjemahan Alkitab Indonesia Terjemahaan Baru(INT) di mana dua istilah Yunani ‘aletheia’ dan ‘dikaiosune’ telah diterjemahkan sebagai satu istilah yang sama iaitu ‘kebenaran’. Justeru, mengikut kaedah penterjemahan dinamik/fungsian, istilah ‘aletheia’ telah diterjemahkan mengikut konteksnya seperti berikut a) ‘bukti yang benar’ (Yoh 5:31), b) ‘Allah sendiri’, atau ‘mengenal Allah’ (Yoh. 1:14; 8:32; 14:6), c) ‘sebagai Allah yang benar’ (Yoh. 4:23, 24), d) ‘kehendak Allah’ (Yoh. 3:21), e) ‘kesetiaan-Nya’ (Yoh. 1:17) atau f) ‘kemurniaan’ (Gal. 2:5), dengan nota kaki ‘Harfiah: kebenaran’. Proses yang serupa telah digunakan untuk perkataan ‘dikaios’ dan ‘dikaiosune’.

Penggunaan istilah ‘Allah’ Untuk menghormati keputusan sebulat suara yang telah dibuat dalam mesyuarat Ketua-ketua Gereja Malaysia tahun 1985 (yang ditaja oleh PBM) dan Perundingan Kuching antara Ketua-ketua Gereja tahun 1989 (yang ditaja oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) mengenai penggunaan istilah ‘Allah’, PBM selaku suruhan Gereja-gereja Malaysia, mengakuri keputusan tersebut. Dari sudut ilmiah pula, istilah ‘Allah’ yang dipinjam dari Bahasa Arab sebenarnya serumpun dengan nama Tuhan dalam Bahasa Ibrani – ‘El’, ‘Elohim’, ‘Eloah’ seperti dalam Perjanjian Lama Ibrani. Penganut Kristian di Arab, sebelum wujudnya agama Islam, telah berdoa kepada Allah, sementara ‘Allah’ pula digunakan oleh penulis teologi Kristian dalam Bahasa Arab. Penggunaan istilah ‘Allah’ oleh penganut Kristian wujud sebelum adanya Islam. Tambahan pula, ‘Allah’ adalah nama Tuhan dalam Alkitab Bahasa Arab yang lama mahu pun yang moden (Versi Arab Terkini). Oleh itu, penganut Kristian di Mesir, Lebanon, Iraq, Indonesia, Malaysia, Brunei dan tempat-tempat lain di Asia, Afrika dan sebagainya, di mana bahasa yang digunakan ada hubungan dengan bahasa Arab, telah menggunakan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada Tuhan Pencipta dan Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus. Akhirnya, dalam bahasa Melayu dan Indonesia, perkataan ‘Allah’ telah digunakan selama ini: pada mulanya dalam edisi cetak Injil Matius dalam Bahasa Melayu (Ruyl, 1629), kemudiannya dalam Alkitab Melayu lengkap yang pertama (Leijdecker, 1733), seterusnya dalam Alkitab Melayu lengkap yang kedua(Klinkert, 1879) dan terjemahan-terjemahan selepas itu.

Bahasa Istana Satu lagi perkara yang dipentingkan oleh pasukan penyemak ialah cara yang tepat untuk menterjemahkan bahasa istana secara dinamik/fungsian agar lebih jelas dalam bahasa harian. Mengikut definisi, bahasa istana bukannya bahasa umum yang biasanya digunakan. Dalam terjemahan bahasa Indonesia, bahasa istana lama tidak lagi digunakan memandangkan institusi diraja telah lenyap di negara itu. Namun, dalam terjemahan Bahasa Malaysia, bahasa istana sesuai dikekal dan diperkembangkan disebabkan pemerintahan beraja dan kesultanan Melayu masih diamalkan di Malaysia. Sebenarnya, bahasa kita sama ada lisan atau tulisan (termasuk akhbar harian dan majalah yang menggunakan bahasa umum) mengabadikan dan memuliakan bahasa istana. Memandangkan bahasa istana juga merupakan sebahagian daripada Bahasa Malaysia umum, pasukan penyemak, setelah berbincang secara panjang lebar dengan penyemak dan ahli gaya bahasa, memutuskan untuk menggunakan bahasa istana dengan berhati-hati, di mana berpatutan, terutamanya dalam teks yang membabitkan kehidupan di istana. Lagi pun, penterjemahan Melayu lama dalam tahun 1879 juga mencerminkan bahasa sebegini. Edisi pertama TMV juga menggunakan bahasa istana misalnya Mrk. 6: 21: ‘pada hari keputeraan Herodes’ berbanding dengan ‘pada hari keputeraan Raja Herodes’ (TMV96).

Kepentingan Seorang Ahli Gaya Pada keseluruhannya, hasil penterjemahan atau projek semakan bergantung sebahagian besarnya kepada kebolehan ahli gaya dalam memeriksa terjemahan tersebut dari segi huraian, kebolehbacaan dan kelancarannya. Hal ini lebih ketara dalam penterjemahan Alkitab dalam bahasa kebangsaan Malaysia memandangkan penduduk Malaysia Timur dan Barat bertutur dalam berbagai loghat yang amat berbeza antara satu sama lain. Contohnya, Bahasa Melayu Sabah dipengaruhi oleh Bahasa Melayu Brunei manakala bahasa agama Kristian di Malaysia Timur pula banyak dipengaruhi paderi, penginjil, pastor dan guru-guru Alkitab dari Indonesia. Namun, terdapat persamaan antara Semenanjung dan Malaysia Timur – kedua-dua kumpulan penduduk ini boleh mendengar radio dan menonton televisyen nasional. Justeru, mendapatkan ahli gaya yang mahir dalam hal komunikasi ini adalah penyelesaian yang paling berkesan. Seorang pemberita yang pernah berkhidmat dengan televisyen nasional dengan gembiranya menyahut cabaran untuk menjadi ahli gaya dalam projek semakan kami. Pengalamannya yang luas dalam bidang komunikasi masa telah membantu dalam menghasilkan sebuah terjemahan yang lancar dengan gaya bahasa yang boleh diterima di seluruh negara. Beliau juga berkhidmat sebagai salah seorang penterjemah Buku-buku Deuterokanonika Bahasa Malaysia.

Terjemahan yang Disemak Sepenuhnya
Penting juga dijelaskan bahawa TMV96 bukanlah terjemahan Alkitab yang baru, tetapi sebuah terjemahan yang disemak sepenuhnya. Edisi semakan ini mengekalkan gaya terjemahan TMV (1987), di mana teksnya diterjemah mengikut kaedah dinamik/fungsian yang mementingkan makna isinya dan bukan bentuk. Ia juga penting ditekankan bahawa pasukan penyemak ini tidak ditugaskan oleh PBM untuk menghasilkan terjemahan harfiah sebagaimana yang dilakukan dengan versi Bahasa Inggeris RSV atau terjemahan harfiahAlkitab Indonesia Terjemahan Baru yang sedia ada. Malah, PBM telah merancang projek penterjemahan Alkitab Bahasa Malaysia harfiah tetapi ia hanya akan bermula pada masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...